Atan : Pak Haji, awat lepas balik haji ni Atan tak nampak pun Pak Haji kat surau? Sakit ka?
Pak Haji : Aih, memang laa…
Atan : Memang? Memang apa Pak Haji?
Pak Haji : Memang aku tak pi pon surau dah lani. Sebab tuu hang tak nampak aku dah.
Atan : Pak Haji sakit apa Pak Haji? Atan tengok sihat jer?
Pak Haji : Islam aku dah sempurna dah, buat apa nak pi surau, sembahyang lagi?
Atan : Hah?
Pak Haji : Hang niii… *tersenyum sambil menggelengkan kepala*
Rukun ISLAM kan ada 5.
Kalimah syahadah tuu aku dah ucap sejak aku kecik lg.
Solat 5 waktu sehari semalam aku x pernah tinggal sejak aku baligh.
Puasa di bulan ramadhan mana pernah aku miss.
Zakat pon aku dah sempurnakan.
Even haji, rukun yang terakhir pon aku dah tunaikan.
Analoginya kalau ISLAM itu sebuah rumah, dah siap elok dah pun.
SO, ISLAM AKU DAH SEMPURNA DAH! BUAT APA NAK SOLAT LAGI??
Atan : …
MONOLOG “Sempurna ke ISLAM Pak Haji aku nii?”
Atan pun report kepada uztaz dekat masjid kampungnya. Uztaz pun minta Atan tolong sampaikan jawapannya ini kepada Pak Haji tadi. Esoknya, secara kebetulan, Atan berjumpa dengan Pak Haji itu di pasar tani.
Atan : Pak Haji, uztaz suruh saya sampaikan kepada Pak Haji ni. Uztaz kata, memang Pak Haji telah melengkapkan semua rukun ISLAM tapi itu bukan bermaksud ISLAM Pak Haji itu telah sempurna. Kalau Islam itu sebuah rumah, memang rumah Pak Haji tu dah siap. Tapi…
Pak Haji JANGAN tinggal dekat rumah Pak Haji tu, JANGAN disapu tahi cicak, JANGAN dibersihkan sawang labah-labah, JANGAN dipanggil PESTICIDE TEAM utk bunuh anai-anai, biaq jaa lagu tuu… kita tgk 5 bulan lepas tu macam mana?
Pak Haji pun tak kan sanggup duduk kat dalam rumah tuu aih kalau dah jadi lagu tuu.. Rumah lagu tuu cuma layak jadi tempat jin dan syaitan bertendang jer.. ENTAH-ENTAH LAGI TERUK DARIPADA KANDANG B**I.. Bukan nak kata apa laa kan tapi rumah tuu pun mungkin dah reput dek anai-anai.
Atan : Fuuh… *lega*
itu jer lah yang saya nak cakap pun. Nak sambung beli ikan keli, mak nak goreng satgi. Pi dulu noh pak haji. Assalamualykum?
*tunduk sambil mencium tangan Pak Haji*
Ah cheng : Err… Haji, u ada ok ka?
Ah Cheng penjual sayur di market tuu terkebil-kebil melihat muka Pak Haji yang dulunya kuning langsat bertukar menjadi pucat lesi seperti biawak albino...
*source – kuliah maghrib 25092010 masjid jamek sg gelugor,p. pinang.
3 comments:
hempok ja haji neh. =p
bez n3 nie. =)
tuu ar...
aku pon x terpikir ada org boleh pikiaq pelik sampai lagu nii...
patut kena tibai dulu baru sedaq kot noh?
Post a Comment