:: 2D, 3D and the latest HD ::

Thursday, March 24, 2011

hanya kerna satu video call...

Dalam satu operasi, pihak polis telah mendapatkan khidmat seorang tuk batin bagi menjejaki sekumpulan peserta ekspedisi yang telah sesat di Gunung Tahan. Seorang pegawai polis bernama ASP Syafie bersama Tuk Batin tersebut telah menaiki sebuah helikopter untuk operasi menjejaki mereka yang sesat dari udara.

Pegawai Polis : Panas pulak duduk dalam heli ni..

(perlu dinyatakan di sini yang pegawai polis tersebut memakai sut polis yang tebal)


Tuk Batin menjawab dengan selamba …

“Macam mana tak panas Tuan, kipas nya di luar..”

________________________________

Seorang mertua hendak menguji menantunya. Pada paginya, pakcik tersebut mempelawa anak menantunya untuk menjadi imam. Si menantu pun serba salah, malu alah, menerima tawaran tersebut dengan berat hati. Segalanya seperti sempurna sehinggalah mereka menyudahkan solat tersebut.


Si mertua : Menantuku, kenapa tadi solat subuh tiga rakaat?
Si menantu : iyer?? Laa.. saya ingat dah cukup empat!

________________________________

Apa yang saya cuba sampaikan?? Ini adalah lawak yang ayah saya ceritakan ketika kali pertama saya berjaya membuat “video call” menggunakan skype setelah sebulan berada di bumi Sydney.

 ::credits to skype for connecting us::

Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya mendengar lawak ini daripada ayah saya dan saya sendiri masih mengingati lawak-lawak ini. Namun, yang menjadikan lawak-lawak ini begitu signifikan adalah ianya diceritakan oleh ayah saya. Dan saya tetap akan gelak walaupun berkali-kali diulang kerana menghargai kesungguhan ayah saya menceritakannya. Saya amat tersentuh apabila cerita ini diulang sekali lagi oleh ayah, saya cuba sedaya upaya untuk memaniskan muka walaupun kelopak mata sedang menakung air yg datang entah dari mana..



Adakah kita mampu menjaga ibu bapa kita seperti mana mereka menjaga kita sejak dari kecil?

Adakah sikap sopan dan berbudi bahasa kita akan kekal terhadap mereka?



Rasulullah SAW pernah mencela mereka yang memiliki ibu bapa yang sudah lanjut usia namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” � Hadis riwayat Muslim.
 
post ini ditulis hanya kerna satu video call, hanya kerna satu video call...
 
regards,
azlan ariff

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...