:: 2D, 3D and the latest HD ::

Monday, November 29, 2010

*the continuation from the previous post.
………………………………………………………………………….




Fasal thaharah (bersuci)

Baligh :

v  Apabila kanak-kanak (lelaki dan perempuan) bermimpi melakukan persetubuhan (seks) sampai keluar mani.
v  Apabila kanak-kanak (perempuan) mengalami haid yang pertama.
v  Apabila seorang kanak-kanak (lelaki dan perempuan) berumur 15 tahun genap mengikut tahun hijrah.

Istinjak:

Bahasa : Qat’ie (putus )

Syarak : menghilangkan najis kotor dari tempat keluarnya menggunakan air dan batu.

Cara terbaik : guna batu dan air.

Definisi batu


setiap yang keras, bersih, bersifat mengikis, tidak dihormati, tidak najis/mengandungi najis, tidak licin, tidak berharga (seperti kitab ilmu syariah dan alatnya) serta bukan makanan.

ulasan ustaz rijal : biskut marie* xboleh buat istinjak.

reconfirmed : tidak sah menggunakan tisu sebagai alat istinjak.


# sila lihat video. Manakala, uztaz azhar idrus menyatakan bahawa tisu BOLEH digunakan sebagai alat instinjak.

http://www.youtube.com/watch?v=2dCCJNkdzKc


Pilihan batu :

        3 batu = 3 permukaan

1 batu tetapi perlu basuh dan keringkan setiap kali sebelum digunakan lagi.

*ini bukan tentang susah atau senang, ini tentang boleh atau tidak.

Tempat basuhan :

  1. ·         Sofhah (papan punggung) – tempat yang tertutup apabila kita bangun dan hanya terbuka apabila kita mencangkung.
  2. ·         Hasyafah - Raksun (kepala) zakar.


………………………………………………………………………….

~ hukum ~

Fardhu (wajib)
Bahasa : habuan, kelaziman, kemestian
Syarak : buat = pahala


Pahala
Dosa
Buat
ü

Elak

ü   

Mandub (sunat)


Pahala
Dosa
Tiada
Buat
ü   


Elak


ü   

Muharram/tahrim (haram)


Pahala
Dosa
Buat

ü   
Elak
ü   


Makhruh (makhruh)


Pahala
Dosa
Tiada
Buat


ü   
Elak
ü   



Al-mibah (harus)


Pahala
Dosa
Tiada
Buat


ü   
Elak


ü   



Sahih (sah)

 translation : apa yg dilakukan cukup untuk menggugurkan keperluan untuk melakukan qada'.

ulasan ustaz rijal : bila dah solat subuh*, tak perlu lagi untuk qada' solat subuh tuu.




Batal


* x pasti. 


………………………………………………………………………….


Definisi Wudhuk :

this foto is copied from totalphysicalresponse88.blogspot.com

Bahasa : hasan wal jamil ( baik dan cantik)

Syarak : Perbuatan membasuh anggota-anggota badan yang tertentu dengan niat yang tertentu.

Rukun wudhuk :

 Niat
 Membasuh muka
Membasuh tangan
 Membasuh kepala
 Membasuh kaki
 Tertib

*sunat - telinga


Bila nak pasang niat :

Pada perbuatan pertama setiap amalan. *bukan sebelum, bukan selepas.

Eg:     wudhuk- ketika membasuh muka
Solat – ketika takbiratul ihram.

………………………………………………………………………….
Tafsir mimpi :

  • ·         Terbang ke langit = naik maqam
  • ·         Makan najis = makan perkara haram
  • ·         Api = bahaya* bencana
  • ·         Minum susu = hendak menuntut ilmu


 ………………………………………………………………………….

~ Hadis ~

Berilah salam kepada orang yang kamu kenal dan kepada yang tidak kamu kenali.

Matan (teks hadis )sebenar  : taqra'us salam *ilal alkhiril hadis* xdpt cari matan yg sebenar.

Taqra’u = baca
Membaca memerlukan kita untuk mengadapkan muka ke buku. (bukan mukabuku aka facebook!)

Maka, maksud nya kita sepatutnya membaca salam di muka orang. Melihat ke muka orang tersebut dan mengucapkan salam kepadanya.

# Syarah hadis oleh Sheikh Ahmad Zaki Ibrahim*, seorang yang diiktiraf sebagai seorang muhaddis akhir zaman dan juga merupakan guru kepada Uztaz Rijal.

Info tambahan tentang adab bersalam : click here

 ………………………………………………………………………….

Done with the” academic” sharing. Now is my personal experience.

I am really impressed with his splendid effort to build up a tahfiz centre. In addition, those children who were in AFTC are so awesome!!! They proved that children are not as sinful as adult as they could memorise a lot of quranic verses in just three days tahfiz camp. They were focusing on surah al-insaan.

~Surah al-insaan~
# Some of them managed to memorise from 1st to tens
# 1st to twenties
# 1st to thirties
# 1st to fourties
and even from the 1st verse to 59...
that is awe-inspiring!!! 


representative from male students

representative of female students

When the best student, adik luqman recited the surah during the closing ceremony, I could see all mouths in the tahfiz centre moved as his except mine! How shame I am. InsyAllAh, will catch you up adik.

SWEET memories with ustaz rijal.

sizzling black paper chicken

chicken chop


Eating sizzling black paper chicken at yakin usaha café, parit buntaq!! Sedap giler!! Guys, u need to try this, seriously!


And the most significant point to remember is the issues raised on that dinner table.

There were only 2 issues :

·         Entrepreneurship
·         Love and engagement
*data is private and confidential*

We told him that ustaz azhar idrus said :

when a man proposes a woman, if the woman agrees with it, officially they are already engaged!

Ustaz rijal responded :

 “Eh tak. Kena melalui ayah perempuan itu kerana ayah ialah wali mujbir (dekat). Khitbah (bertunang) itu hak wali.”  
~ Hmm… ~



I thanked to Ustaz Rijal for allowing me to attend his “tuition”. Actually, Naim, Naqi, Syahir and I wanted to ask about the fee since in the very 1st day but all were shy. Thus, before we went back to our hometown, I asked our beloved ustaz about it.

Azlan : ustaz, ni nak tya. Yuran nak kena bayaq brapa ringgit?
Uztaz : Azlan mai lambat so xyah bayaq!
*semua terkesima*
Azlan : err… ok. So, depa yg mai awai ni mcm mana plak?
Uztaz : Yang mai awai pon xyah bayaq jugak!

That time I realised, when ustaz gave me the book and the sheets, he always said “sedekah”. Now, I understand what he meant. Such a noble heart. Syukran jazilan wa kasiran!



melagukan selawat 

selawat sebelum bersalaman

para uztaz yang hebat

 back up percussion by syahir rosmi



ini hanya sijil penyertaan, bukan peng-ijazahan khatam kitab


 "...generasi Al-Quran Yang Bertaqwa"

sheikh azlan ariff al banjari al macquarie??  =P


helping uztaz burning the marhaban CDs



ustaz and me <3

stay up pya pasal, this was our supper
air habbatus sawda' and roti krim  =)



"murid2 kesayangan ustaz..," Syuhada commented .

segala perkongsian ilmu pada post 1 & 2 adalah bersumberkan kitab Safinatun Najah dan diulas oleh Ustaz Rijal.

~the end~

Sunday, November 28, 2010

mengaji~




  • “Salam. Jum mengaji dgn sheikh rijaluddin 24-26 nih? Bayaran ckit jer.”


24 Nov 2010


On 24th morning, I received Syahir Rosmi’s invitation to “tawajjuh kitab” with Uztaz Rijaluddin Yahya, a JAPIM lecturer of my institute.

What?? It is today!! It’s too late!! No way I can make it today!!

So, I joined the programme a day later than others. Actually I didn’t even know who would be with me besides Syahir. But it would not be a matter for me, coz my main objective was to learn from uztaz rijal and not to find friends. Apart from that, I want to train myself to be independent.

Sekarang dah 20. Mungkin ko perlu lebih dewasa dalam menghadapi masalah.”

25 Nov 2010

I still remember the moment I asked the permission from my parents. To talk to my mom about this is nothing for me coz I share almost everything with her. But to talk to my dad, *gulp* I had to spend about 15 minutes to make the script and I could not even utter what I had planned when I faced him! Such a waste….haish…

Err abah…err…err….err….boleh tak lan…err…pi rumah ustaz lan?

I was so hesitate as if I spoke to a person who I didn’t who he was, as tough i didnt prepare for it. Dont ask me why but at last, I could make it and got his permission. Alhamdulilah. When I started the engine of my AGM 7780, I wondered where I am going to go. What is my destination??? Owh, I didn’t ask Syahir yet about that… haha… Aiseyman…  =P

kitab safinatun najah

Learning Islam using Arabic “kitab” IS really a new experience for me and in fact, joining this kind of programme is a thing that I dreamt since the past two years. I had been invited by my friends to join them to further study on Islam at Baitul Qura’, Melaka after SPM but I could not make it as I was busy with my national service programme (PLKN) at that time.

I felt very enthusiastic to join it as the decision came from my own heart. Not because of my friends or my juniors but because of the knowledge itself. I am proud of myself for making that wise decision.


~Ustaz Rijaluddin bin Yahya~

Such a telaga ilmu. I thought he was only teaching me as a government servant in my institute. Hehe. allow me please to share what I’ve got from him with you.

………………………………………………………………………….


# Mukjizat Nabi SAW ada dua :

Ma’nawi
  • ·         Al-Quran* tak berapa ingat.

Hissiah
  • Batu, Bukit Uhud,  mengucapkan salam kepada Baginda.
  • ·         Pokok datang kepada Nabi (tercabut akar-akarnya dan berjalan seperti manusia! Macam cerita hantu pokok yang kita duk bayangkan time kecik2 dulu~)
  • ·         Biawak Dhab berdiri, mengangkat tangan menyatakan syahadahnya di depan Nabi SAW dan para sahabat.

Seorang kafir datang di depan Nabi SAW ketika Baginda sedang bersama dengan sahabat-sahabat Baginda. Lantas dia mengeluarkan biawak dhab daripada ruang tangan bajunya lalu melemparkan binatang itu di depan Nabi dengan berkata, 

“Engkau lah manusia yang paling aku benci di dunia ini!”

Tanpa disangka-sangka, dengan izin Allah SWT, biawak itu berdiri dengan dua kakinya dan mengangkat tangan seperti mengangkat ikrar lalu mengucapkan syahadah dengan jelas. Sejurus menyaksikan insiden itu, lelaki kafir itu dengan segera mengucapkan syahadah di depan Nabi SAW dan berkata.

 “Sekarang, engkaulah (wahai Muhammad) orang yang paling aku sayang di dunia ini!”

Ulasan ustaz rijal – Lihat! Allah mampu mengubah hati kita dalam beberapa saat sahaja (hatta lebih singkat daripada itu! Sebab itulah hati dipanggil “qalbu” yang bermaksud berbolak-balik.

  • ·         Tunggul kayu kurma iaitu bekas tempat mimbar Nabi berkhutbah, menangis kerana Nabi SAW tidak memijaknya lagi. Ketika Baginda SAW sedang berkhutbah, tiba-tiba baginda terdengar suara kanak-kanak menangis. Selepas diselidiki, suara kanak-kanak itu datang daripada tunggul kurma itu. Nabi SAW kemudiannya mengusap tunggul tersebut lalu tunggul itu diam buat selama-lamanya.


………………………………………………………………………….

Rukun iman- yakin kepada rasul.

# Sifat WAJIB bagi NABI ada 4:

o   Siddiq (benar)
o   Amanah (accountable)
o   Tabligh (menyampaikan)
o   Fatanah (bijaksana)

# Sewaktu Baginda dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, Baginda teserempak dengan seorang kafir. Dia bertanya ke manakah Baginda pergi dan ini jawapan Nabi SAW :


Ana minal ma’(air) ilal ma’(air).
Aku daripada air (mani) keluar untuk mencari air.

Ulasan Ustaz Rijal – betapa Fatanah (bijaksana) Nabi SAW dalam menjawab soalan kafir tersebut. Jika Baginda memberitahu bahawa Baginda dalam perjalanan ke Madinah, pasti kafir tersebut pasti dapat memberiitahu destinasi hijrah Baginda kepada orang lain.

Definisi mukallaf

> Baligh
> Berakal
 > Mempunyai pendengaran dan penglihatan atau salah satu daripadanya


# WAJIB bagi setiap mukallaf >> daripada aqidah keimanan terhadap Nabi Muhammad SAW : beriktiqad sesungguhnya Nabi SAW adalah berbangsa Arab Quraisy, berkulit putih kemerahan, dan sesungguhnya penyudah segala nabi dan rasul, lahir di mekah, diutuskan ke sana (mekah), berhijrah ke madinah, diwafatkan oleh Allah di sana (madinah), syariatnya memansuhkan segala syariat yg terdahulu dan berkekalan sehingga hari kiamat.

~keluarga~

# Nabi SAW mempunyai 11 org isteri dan 7 orang anak.

Anak-anak nabi =       3 lelaki (Qasim, Ibrahim dan Abdullah)
                               4 perempuan (Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalsum dan Fatimah)

Saidina Ali + Saidatina Fatimah = 
  • Hassan (warisnya banyak di Mesir)
  • Hussein (warisnya banyak di Yaman spt Hadramaut)

~peperangan~ 

# Nabi SAW menyertai/ mengetuai peperangan sebanyak 27 kali
Manakala Baginda melantik sahabat sebagai ketua dan tidak menyertai peperangan sebanyak 35 kali.

# “Nak mimpi Nabi SAW mesti kenal Nabi SAW” 



Uztaz Rijal dengan merujuk kepada kitab Syamaail Muhammad, karya Imam Tarmizi/Tirmizi Radiallahu’anhu.

~buah kesukaan~


# Buah kesukaan Nabi SAW ialah buah tembikai dan Baginda memakan buah tersebut sebelum makan makanan berat.

Soalan:

  1. Adakah perkara makhruh apabila dilakukan berkali-kali boleh menjadi haram?

Jwpn uztaz : Tidak. Perkara makhruh akan bertambah tetapi tetap tidak jatuh haram.

Penjelasan lanjut ketika di dalam kereta : Kalau macam tu, perkara sunat yang dilakukan berkali-kali adakah akan menjadi wajib?
Eg: Adakah menunaikan 7 kali umrah menyamai kewajipan menunaikan haji?

   2. Ada tak perkara sunat yang dilakukan dengan berhujahkan hadis dhaif? Adakah ianya boleh?

Jwpn ustaz : Banyak amalan sunat yang kita amal sekarang berlandaskan hadis yang dhaif. Tapi perlu kita faham, bahawa dhaifnya hadis itu hanya kerasa sanad (kesinambungan perawi) tak sempurna. Hanya kerana salah seorang perawi itu pelupa* dan sebab-sebab lain.

*PERLU DIINGATKAN PELUPA SEBAGAI SORANG AHLI HADIS TIDAK SAMA LANGSUNG DENGAN PELUPA INSAN BIASA.

Imam Nawawi R.A menegaskan bahawa hadis shaif BOLEH digunapakai dalam hal fadhail amal. Dan yang paling penting sekali, apabila sesuatu itu adalah hadis, sudah pasti ianya BUKAN bid’ah. Jika menjadi bid’ah juga, ianya menjadi bid’ah hasanah.

Eg: membaca al-quran pada malam-malam tertentu spt (surah yassin malam jumaat) tidak sama sekali menjadi bid’ah.

KONKLUSI USTAZ :

"kalau macam tu, orang melayu semua bid’ah kerana nabi saw sama sekali tidak berbahasa melayu!"

#to be continued in the next episode~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...